Daging, salad cincang, tomato, timun, dan sos dan tambahan telur untuk kategori ‘special’. Selain ‘special’, ada inovasi berlaku ke atas burger selepas itu. Mayonis dan bahan perasa lain ditambah.
Sosnya juga lebih sedap. Ia lebih sedap berbanding burger yang yang boleh didapati di restoran-restoran makanan segera terkemuka. Masa berlalu, burger bakar yang bersaiz besar pula muncul.
Mengejutkan dan sering terfikir jika perut mampu menampung saiz sebesar itu.
Mengejutkan dan sering terfikir jika perut mampu menampung saiz sebesar itu.
Menyebut tentang burger sahaja sudah membuatkan perut berasa lapar, Oleh itu, sebagai permulaan, saya kenalkan;
#1 Brother John Uptown Burger
Brother John Uptown Burger ini terletak di Jalan SS 21/39, Uptown Damansara, 47400 Petaling Jaya. Sebut sahaja burger yang anda mahukan; daging, kambing, udang, atau ikan, semuanya ada di sini.
Menurut pengunjung yang kerap mendapatkan burger mereka, Master Burger yang mempunyai 2 daging, 2 keju, 1 telur memang amat sesuai bagi mereka yang lapar atau memang dikenali suka makan.
Bagi yang mempunyai selera biasa-biasa, burger seperti Double Cheese Burger juga sudah memadai. Brother John Uptown Burger dibuka setiap hari Isnin sehingga hari Sabtu bermula jam 4 petang sehingga 4 pagi. Layanan yang diberi? Selalu tip top!
#2 Burger Bobby Simpang 3
Jika sanggup beratur panjang tapi amat berpuas hati dengan burger yang anda akan makan, Burger Bobby Simpang 3 yang terletak di No. 5, Jalan AU 5C/1 di Lembah Keramat, Kuala Lumpur sudah bersiap-sedia dengan daging arnab serta kambing mereka.
Anda pasti akan teruja dengan pilihan ramai iaitu Lamb Tiesto, atau boleh juga mencuba Triple Special Cheese serta Roti John Cheese. Walaupun ia dihasilkan sehingga nampak selekeh, rasanya tetap lebih mengkagumkan.
Bersiap sedia dengan rasa lada hitam atau lelehan sos yang mencomotkan anda. Dibuka setiap hari, 4 petang sehingga 4 pagi.
#3 OM Burger
OM Burger ini adalah antara burger kesukaan kami. Gerainya sama seperti gerai burger yang lain.Di gerai ini biasanya anda boleh memilih untuk membeli burger daging/ayam/ hotdog special yang kami percaya sangat berbaloi. Harganya masih lagi murah. Percaya kepada kami.
OM Burger ini terletak di Ampang Jaya dan boleh diperolehi sekitar lewat petang sehingga awal pagi. Di sini, anda terpaksa menunggu sekitar 15-20 minit kerana ramai juga yang beratur membelinya walaupun sedah lewat malam.
Jangan terkejut dengan gaya selekeh burger yang telah siap. Semua itu hilang apabila suapan burger pertama masuk ke dalam mulut anda.
Semasa kami melihat cara masakan juga kami merasakan ianya dibuat secara ‘cincai’. Malah telur yang dipecahkan digaul begitu sahaja. Tiada seni. Tetapi, apabila masuk mulut, semua perkara itu hilang.
Alamat penuh gerai ini adalah 2-20, Lorong Kerja Ayer Lama (Ukay Heights), 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
#4 Fuel Shack
Jika anda ke Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), sama ada anda sedang menunggu bas untuk pulang ke kampung atau sekadar ingin makan burger dengan suasana lebih relaks, juga citarasa dari Amerika, cuba jejakkan kaki di Fuel Shack di tingkat 4.
Ada 150gm burger yang berserta keju, lettuce dan tomato pada kadar RM14. Sedikit kelainan bila anda makan burger ayam yang diselitkan dengan nanas, juga pada harga RM14. Pilihan burger yang lain seperti Double Beef with Egg and Cheese yang bersaiz besar.
Jika mahukan tambahan, mereka juga turut menyediakan pizza serta ayam goreng. Selain TBS-BTS, kiosk Fuel Shack juga ada di KL Convention Centre, Plaza Lowyat Bukit Bintang, dan Kluang Mall, Johor.
#5 Zam Burger
Zam Burger adalah burger gergasi buatan sendiri. Diniagakan kecil-kecilan di hadapan rumah pemiliknya. Zam Burger dibuka pada 6:30 petang sehingga 1 pagi, 6 hari seminggu bermula Isnin.
Lokasinya di 26, Jalan 6/23B, Taman Danau kota (Danau Kota), 53300 Kuala Lumpur. Ia dianggap sebagai permata yang tersembunyi bagi sesiapa yang pernah mencubanya. Dengan komen seperti itu, sudah pasti Zam Burger memang lokasi yang perlu anda kunjungi!
Ada pelbagai jenis burger dengan pelbagai nama seperti Seasoned Beef Burger, Super King dan Prime. Burger Super King mencecah 200gm berbanding burger biasa iaitu 70gm.
Jika bimbang terpaksa menunggu lama kerana terlalu ramai yang sudah tiba lebih awal, buat tempahan anda dengan menghubungi saudara Zam di 012-912 4699.
#6 Burger Bakar Kaw Kaw
Diasaskan oleh Nini Haznita dan Mohd Faizul, Burger Bakar Kaw Kaw terletak di Jalan 4A/27A, Seksyen 2, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Burger Bakar Kaw Kaw adalah burger bakar buatan sendiri.
Anda mungkin terpaksa berada di dalam barisan yang panjang, tapi jangan risau kerana ia dibuka setiap hari 7 hari seminggu bermula 6 petang sehingga 2 pagi! Ada 20 jenis burger untuk dipilih seperti Kaw Kaw Single Beef Baconizer Cheezy, Kaw Kaw Double Beef Turkeynizer, Kaw Kaw Triple Chicken Cheese dan juga Kaw Kaw Burger Kahwin.
Selain burger bakar, menu juga terdiri daripada Cheesy Fries, Fraggy, dan Lambernizer. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman web mereka di http://www.burgerbakar.com/menu/
#7 DAM Burger
DAM Burger beroperasi lebih lewat berbanding gerai dan restoran burger yang dikongsi sebelum ini. Ia hanya dibuka pada pukul 9:30 malam sehingga 3:30 pagi bermula Selasa sehingga Ahad.
Selain terletak di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, DAM Burger juga ada di Restoran A. Malik, Taman Setapak Indah, bersebelahan dengan ‘bus stop’.
Jika ke DAM Burger, pastikan anda mencuba Big DAM iaitu burger tiga tingkat yang terdiri daripada 1 daging 100 gm, 2 keping daging 70gm, 2 keping keju dan 1 daging salai. Hubungi +60102488708 jika ingin membuat tempahan.
Jangan lupa hot dog 7 inci mereka juga!
Semoga anda menyukai senarai 7 burger pilihan kami ini.Apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment