DeqWan Burger Bakar
Taman Seri Pagi Senawang (Jalan lepas giant), 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Mencari burger bakar di Seremban bukanlah satu tugas yang sukar kerana di sini, pelbagai jenama boleh didapati, namun Deqwan Burger Bakar mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Sebut sahaja Burger Deqwan, pasti ramai orang Seremban tahu akannya. Walaupun perkataan homemade amat sinonim dengan burger bakar, tetapi Deqwan menyajikan burger homemade terbaik.Memang rotinya lain daripada yang lain. Boleh baca ulasan Utusan untuk kedai Deqwan Burger di sini.
Tagline “untuk kedai makan ini adalah Makan, Minum, Lepak, Surfing, Gelak dan Sembang” premis terbuka ini terletak di No. 244 Jalan Seri Pagi 7, Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban.Ianya mula beroperasi daripada pukul 5 petang sehinggalah 2 pagi dan dibuka untuk setiap hari. Sememangnya tempat lepak yang menarik untuk orang muda.
Monster burger adalah produk terbaik burger Deqwan dengan patti resipi tersendiri yang amat lembut dan memukau. Akan tetapi ‘man of the match’ untuk Deqwan Burger adalah homemade kambingnya yang dikatakan antara patti kambing terbaik di Seremban malah mungkin juga di Malaysia. Selain itu, kehebatan kedai ini adalah kemampuannya menampilkan ‘charcoal bun’ yang biasanya hanya disajikan di restoran mewah ataupun rangkaian yang besar. Malah‘charcoal bun’ Deqwan bukan setakat tangkap muat kerana ia amat sedap. Charcoal bun? Apakah itu? Ianya adalah roti arang yang mempunyai rasa yang sedikit berlainan dengan roti biasa. Ini membuat ramai yang datang ingin mencubanya.Tambahan pula disertai oleh meat slice dan cheese yang mengujakan.
Pemiliknya, Mohd. Razuan Abd. Rashid,antara pilihan yang dapat dibuat di sini antara hidangan burger bakar ayam, daging lembu, kambing dan juga rusa pelbagai saiz dari pati 100 gram sehinggalah 1 kilogram dengan harga antara RM 5 hinggalah RM 200.
Antara saiz biasa yang ditawarkan adalah seberat 100 gram, king 200 gram, kingkong 500 gram dan gergasi seberat 1 kilogram. Pembeli boleh memilih sama ada mereka mahukan rendaman sup cendawan ataupun sos lada hitam bagi mereka yang mahukan kepedasan.


Deqwan Burger Bakar

Deqwan Burger Bakar

Deqwan Burger Bakar

Deqwan Burger Bakar

Satu lagi tarikan yang tidak terdapat di tempat lain adalah burger udang yang juga amat sedap. Bagi pelanggan yang tidak gemarkan daging lembu, kambing atau ayam, mugkin burger udang ini boleh menjadi pilihan yang semestinya tidak akan mengecewakan.
Oleh itu, jika anda mencari burger berkualiti restoran mewah tetapi pada harga warung, maka di sinilah tempatnya.