Restoran Ibramsha Nasi Kandar
Letaknya di Jalan Tunku Abdul Rahman. Bertentangan dengan SSF Creative Lifestyle Hub. Jadi kalau memang tujuan untuk membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, tempat ini adalah cadangan untuk berhenti menjamu selera. Memang ala-ala seperti nasi kandar di Pulau Pinang. Sesuai untuk sesiapa yang mengindam nasi kandar Pulau Pinang.
Apa yang menarik di sini?
- Teh tarik dan roti canainya patut dicuba
- Kari kicap
- Kari ikan bawal
Mohd Yaseen Nasi Kandar
Selain nasi kandar oleh Ibramsha, anda boleh juga mencuba nasi kandar oleh Mohd Yaseen Nasi Kandar. Terletaknya juga di Jalan Tunku Abdul Rahman. Untuk lebih tepat lagi di 351 & 353 Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50100. Antara tempat makan kegemaran orang yang bekerja di sini.
Ramai yang mengatakan kedai ini adalah antara tempat makan nasi kandar yang meanrik di kl. Apa yang perlu dicuba?
- Ayam kicapnya
- Sotong masak pedas
Restoran Kudu Bin Abdul
Restoran ini adalah antara pesaing ketat Retoran Kandar Yaseen. Terletak juga di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ini alamatnya. No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50100. Tidak jauh sahaja daripada Nasi Kandar Yaseen. Ramai mencadangkan ayam sambal bawangnya adalah sebagai menu wajib yang perlu diambil.
Kalau anda ke sini, adalah dicadangkan untuk sampai sebelum pukul 1. Kalau tidak, beratur panjang jawabnya. Tetapi kalau terpaksa beratur panjang, apa salahnya kerana ianya sangat berbaloi. Bandung sodanya juga patut dicuba.
Apa yang perlu dicuba?
- Soda bandung
- Ayam sambal bawang
Semua kedai makan best di KL untuk nasi kandar terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Jadi, apabila ke sana, jangan tidak singgah pula, rugi nanti. Ada yang pernah makan antara kedai di atas? Apa pendapat komen anda?
No comments:
Post a Comment