Nasi Ganja
Jalan Yang Khalsom, Ipoh, Perak
Kedai makan ini terletak di dalam Kedai Kopi Yong Suan. Sekadar maklumat, kedai ini telah beroperasi lebihd daripada 50 tahun. Satu tempoh yang lama. Tidak tahulah bilalah agaknya kerjasama anatara kedai makan ini bermula. Nasi Kandar di sini juga dikenali sebagai Nasi Vanggey kerana pemiliknya yang sentiasa menyebut ‘Vanggey, Vanggey,Vanggey’.
Semua lauk di sini menarik untuk dicuba. Masakan yang menjadi pilihan ramai adalah ayam merahnya. Ramai sungguh yang makan di sini. Sungguh! Walaupun sudah pukul 3 petang, ramai yang masih beratur untuk makan di sini. Jadi, bersabarlah wahai Sajian sekali jika ingin makan di sini.
Cadangan lauk adalah : Ayam merah, telur masin!
nasi-ganja
Pra nasi ganja

nasi-ganja-ipoh
Harga dan menu

nasi-ganja-ipoh-1
Kecur air liur

nasi-ganja-ipoh-2
Hadapan kedai


Restoran Nasi Kandar Naina
Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak

Seterusnya, jika sudah penuh perut anda dengan nasi ganja, boleh singgah makan di Restoran Nasi Kandar Naina. Ada sahaja nasi kandar disediakan di sini, tetapi ramai datang dan memberi cadangan untuk mengambil makan yang lain.
Antara patut dicuba di sini kata pengunjung adalah tosai dan nannya. Tidak kurang juga roti canainya. Selain itu , ada pengunjung yang mengatakan kedai ini adalah antara kedai mamak yang termurah di kawasan sana. Walau bagaimanapun, nasi kandarnya juga sedap untuk dicuba.
nasi-kandar-naina
Sedapnya!

nasi-kandar-naina-1
Set tosai


Semoga anda puas hati dan terliur dengan gambar yang ditunjukkan. Jangan lupa untuk cuba apabila ke sana. :-) Ada cadangan tempat makan lain di Ipoh?