Johor Bahru (JB) kini dihuni oleh masyarakat yang datang dari pelbagai bangsa dan taraf hidup. Oleh itu tidak hairanlah jika makanan di sini pastinya pelbagai. Tempat makannya juga begitu banyak bermula daripada gerai atau warung di pelusuk lorong sehinggalah kepada restoran mewah di puncak menara atau di hotel-hotel berbintang.
Senarai ini akan menyenaraikan enam (6) tempat makan terbaik untuk masyarakat pertengahan di JB yang popular dan menjadi pilihan utama.
6 Tempat Makan Patut Cuba di Johor Bahru
#1 Restoran Din BBQ
32, Jalan Bestari 6/2, Taman Nusa Bestari, Johor Bahru
Tempat makan menarik di JB dimulakan dengan Restoran Din BBQ yang menyajikan hidangan grill terbaik di Johor dengan makanan laut dan juga daging serta ayam yang dipanggang sempurna. Restoran ini menawarkan kelainan dalam rasa panggang yang amat menarik. Kita boleh memesan apa sahaja makanan mengikut selera masing masing. Malahan kadar pemanggangan juga boleh ditetapkan kerana ada pelanggan yang gemarkan daging masak sepenuhnya dan ada juga yang gemarkan daging berjus di dalamnya.
Uniknya, kerja-kerja pemanggangan dilakukan sendiri oleh pemiliknya demi menjaga kualiti dan keaslian rasa BBQ di restoran ini. Daripada udang, sotong, ayam sehinggaah kepada kambing, hidangannya cukup mengasyikkan ditambah dengan kuah BBQ yang amatlah sedap.
Selain masakan panggang, terdapat juga makanan lain seperti nasi lemak dan sebagainya malahan pada waktu makan tengahari restoran ini turut menghidangkan asam pedas kepala ikan yang tidak kurang hebatnya. Terletak berhampiran Legoland, anda perlu menjengah restoran ini jika ke sana kerana harganya juga amat berpatutan.
#2 Roslin Beriani House
14, Jalan Rebana, Kebun Teh, 80250 Johor Bharu
Jika anda di Johor dan tidak menikmati nasi beriani gam, anda telah melakukan kesilapan yang amat besar kerana di sinilah beriani gam bermula dan pastinya ia asli serta amat sedap. Walaupun bukan Muar, tetapi keaslian nasi beriani masih boleh dirasai di Roslin Beriani Houseyang terletak di Kebun Teh.
Dengan nasi lembut yang berperisa serta berempah beriani yang melekat, anda boleh memilih lauk pauk beriani yang terdiri daripada ayam, daging sehingga kepada kambing yang dimasak amat sedap dan dengan mudah menjerat deria rasa anda. Bermula dengan pembuka selera seperti acar buah dan nenas yang dimasak berempah, anda akan seterusnya dihidangkan dengan nasi beriani yang sedap bersama lauk pauk pilihan.
Kita boleh cuba mengelakkan waktu makan tengahari di sini yang menyaksikan restoran ini penuh sesak tetapi selepas daripada waktu tersebut, kita hanya perlu pasrah dengan apa saja yang tinggal. Makanan di sini amat baik dengan harga yang boleh dikatakan amat berpatutan tetapi kualiti servisnya perlu dipertingkatkan.
#3 Kapten Steamboat & Grill
8/10 Jln Susur Tun Razak (Taman Suria Muafakat), 80200 Johor Bahru
Kapten Steamboat & Grill merupakan pilihan bagi anda yang gemarkan makanan steamboat dalam suasana yang selesa dan santai. Restoran ini menampilkan hiasan dalaman yang amat indah dengan tema inggeris dan lautan. Restoran ini turut memiliki kemudahan yang amat selesa termasuklah tempat solat serta kawasan permainan untuk kanak-kanak.
Makanan di sini juga tidak dapat dinafikan kualiti dan kesedapannya. Menu steamboat boleh dipesan secara buffet atau set bergantung kepada minat dan kuantiti makanan. Ia hadir dengan sos yang juga sedap. Komponen steamboatnya juga segar dan pelbagai.
Selain steamboat terdapat juga menu ala carte seperti nasi, mee dan sebagainya untuk dicuba. Seperti nama restoran ini, ia juga turut menghidangkan makanan grill bermula daripada ayam, daging, kambing ataupun makanan laut. Malah kambing grill di sini dianggap antara yang terbaik di Johor Bharu.
Restoran ini juga sesuai untuk makan malam berkeluarga atau bersama rakan-rakan. Ia juga sesuai untuk sebarang majlis berskala sederhana. Harganya amat berpatutan dibandingkan dengan kualiti servis serta makanannya.
#4 Restoran Singgah Selalu
36D, E, F, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru
Restoran Singgah Selalu bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan di JB. Setiap warga JB pasti tahu malah kemungkinan besar pernah menjamu selera di restoran ini. Ia juga sudah beroperasi berbelas tahun yang lalu. Terletak di sebelah lebuhraya Danga Bay, tugas mencari restoran ini juga bukanlah kerja yang susah.
Restoran ini menghidangkan makanan daripada pelbagai genre dan menunya juga sarat dengan makanan. Apa sahaja yang anda mungkin terfikir untuk makan, pasti terdapat di sini. Daripada menu tradisional, menu makan malam biasa ala goreng-goreng sehinggalah kepada makanan barat semuanya boleh di pesan di sini.
Malah kualitinya juga amat tidak menghampakan. Akan tetapi, menu yang paling popular di sini adalah nasi goreng seafood yang sudah masyhur sejak lama. Nasi goreng ini sarat dengan seafood dan amat berbaloi membayar harganya. Begitu juga chicken chop blackpepper yang juga amat menyelerakan.
Di sini juga adalah tempat terbak berkumpul bersama rakan-rakan untuk bersantai mahupun menonton bolasepak kerana suasana yang agak meriah dan santai. Terdapat juga pentas untuk persembahan ‘live band’. Walaupun ada yang mengatakan makanannya mahal tetapi amat berbaloi.
#5 Restoran Seafood di Muara Sungai Pendas
Muara Sungai Pendas, Gelang Patah, Johor
Walaupun tempat ini terletak di Gelang Patah, namun sukar untuk dikeluarkan daripada senarai JB kerana ia memang tempat makan seafood yang terbaik. Jaraknya dengan JB tidaklah terlalu jauh tetapi ia lebih dekat dengan Nusajaya. Di muara Sungai Pendas ini terdapat dua restoran yang bersaing secara sihat iaitu Restoran Tanjung Nelayan dan juga Restoran Terapung Pendas.
Kedua-dua restoran menyajikan makanan yang hampir sama dengan kualiti terbaik yang juga setaraf. Cuma masing-masing memiliki rasa yang tersendiri.
Pastinya menu di kedua-dua restoran ini adalah menu makanan laut seperti masakan udang, ikan, sotong, ketam, kerang-kerangan yang boleh dipesan mengikut resipi pilihan anda. Malahan terdapat juga daging serta ayam yang juga dimasak dengan baik. Menu sayuran serta tomyam dan sup juga tidak ketinggalan dan tidak kurang hebatnya dari segi rasa. Selain itu, terdapat juga menu ala carte seperti nasi goreng dan mee.
Suasana restoran ini amat mendamaikan dengan latar pokok-pokok bakau serta pemandangan negara Singapura yang boleh dilihat dengan jelas di seberang laut.
#6 Medan Steamboat Lotun Van di Dataran Bandaraya
Dataran Bandaraya Johor Bahru
Tempat makan malam paling ‘happening’ di JB pastinya di Dataran Bandaraya JB iaitu medan selera Lotun Van yang amat unik dan popular. Hidangan di sini adalah steamboat kerana sememangnya ia bertemakan steamboat. Semua lotun van menawarkan menu yang sama tetapi persaingan di sini amat sihat kerana pengunjunngnya juga amat ramai.
Setiap van mempamerkan komponen-komponen steamboat masing-masing yang pelbagai dan amat banyak untuk dipilih. Anda pasti akan mengambil masa untuk memilih komponen yang anda gemari. Harga setiap cucuk adalah berbeza dan ditandakan dengan warna pada pencucuk tersebut.
Boleh dikatakan masing-masing mempunyai kreativiti tersendiri untuk mempamerkan makanan malah ada yang bijak menyesuaikan cucuk masinng-masing agar kelihatan menarik. Tetapi rasa sos masinng-masing adalah berbeza. Bagi pengunjung yang kerap pasti sudah boleh memilih van yang serasi dengan citarasa masinng-masing.
Selain steamboat dan yong taufoo, terdapat juga van yang menghidangkan makanan popular Johor seperti tauhu bakar dan juga bakso sebagai pilihan lain. Sambil makan, kita boleh bersantai sebelum berjalan-jalan di dataran JB di bawah naungan jam besar di situ.
…………………………………………………………………….
Terlalu banyak tempat makanan yang terbaik di JB untuk dicuba samada waktu malam ataupun siang. Tetapi enam tempat tersebut adalah yang popular dan menjadi kelaziman masyarakat sederhana di JB.
Mungkin ini bukan pilihan terbaik anda tetapi cukup sekadar panduan dan idea bagi sesiapa yang tidak biasa dengan JB. Semoga anda menyukai artikel tempat makan terbaik di Johor Bahru ini. Jangan lupa share atau like kalau menarik.
PENGAKUAN TULUS DARI SAYA RESKY KERJA DI HONG KONG
ReplyDeleteAssalamualaikum.wr.wb. Kami ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan.AKY .dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG:akhirnya saya coba untuk menhubungi.AKY SANTADEWA dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan AKY.meman betul2 terbukti tembus 100% HONGKONG dan saya sangat bersyukur berkat bantuan AKY: kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri.munkin saya tidak bisa membalas budi baik.AKY sekali lagi makasih yaa AKY dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja.BELIAU :( 0852-8315-2944 ] atau KLIK http://akisantadewa.blogspot.com insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.
1/"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana2 tapi tidak menghasilkan
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya tapi tidak ada satupun yang berhasil. Solusi yang tepat jangan anda putus asah..
AKY SANTADEWA.akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB..
angka GHOIB:SINGAPURA
angka GHOIB:HONGKONG
angka GHOIB:MALAYSIA
angka GHOIB:TOTO MAGNUM 4D.6D.8D
angka GHOIB:LAOS
angka GHOIB:SIDNEY
angka GHOIB:CAMBODIA
angka GHOIB:CHINA
angka GHOIB:KOREA
angka GHOIB:TOTO KUDA
angka GHOIB:ARAB SAUDI
angka GHOIB:BRUNEI DARUSSALAM
angka GHOIB:TAIWAN
angka GHOIB:THAILAND
bila butuh bantuan hubungi saja.BELIAU :( 0852-8315-2944 ] atau KLIK http://akisantadewa.blogspot.com
Ya k
DeleteCuba
ReplyDelete