Apa reaksi bila sampai ke sini? Kami rasakan penuh dengan masyarakat Cina di sekitar kawasan ini. Tercari juga kedai yang ada di situ, tetapi apa yang dijumpai adalah kebanyakkan kedai makanan Cina. Kami bertanya kepada pekerja hotel mengenai tempat makan menarik.
Ada bang, tidak jauh daripada sini, iaitu 5 minit sahaja berjalan. Bubur Nasi Istimewa. Memang terbaik dan menarik. Memang ramai yang datang ke sana.
Betul ke? Kami pun apa lagi. Terus terjah ke sana. Memang ramai orang.
Bubur Nasi Istimewa No 1
Apa yang menarik di sini?
- Pelbagai deretan kedai makan/warung. Sebut sahaja apa yang dihajatkan. Ada sahaja contohnya seperti kerang bakar, masakan panas dan lain-lain
- Panjangnya sepanjang jalan. Kira-kira 100 meter jugalah panjangnya, dipenuhi meja dan kerusi di pinggir jalan.
- Meriah dengan penjual salaing berkomunikasi memberi info makanan yang dipesan
- Harga juga murah
Apa yang istimewanya bubur ini?
- Sebelum ini kami tidak pernah makan bubur di kedai/warung. Nyata persembahan makanan memang menarik
- Didatangi dengan ikan bilis, sambal, telur masin, dan sayur kangkung
- Jujur kami cakap, lauknya banyak. Tidak terhabis.
- Bila kami makan dengan bubur, terutamanya dengan telur masin, memang terbaiklah!
Review keseluruhan
Kesedapan? Kami beri 8/10
Suasana? Meriah dan sentiasa penuh terutamanya waktu malam
Harga? Murah. Mana mahu dapat lagi harga seperti ini di Johor Bahru
Wajib cuba kalau ke Johor Bahru
No comments:
Post a Comment