Kali ini kami kongsikan tempat makan sedap di Perlis. Negeri yang terletak nun dijauh utara Malaysia. Negeri yang kecil dan tidak besar kawasannya. Namun demikian, jangan pandang Perlis sebelah mata. Terdapat beberapa tempat makan yang sedap di Perlis yang patut anda cuba jika ke sini. Hehe.
Pasar Malam Kangar
Stadium Utama Kangar, Kangar, Perlis
Pasar malam Kangar adalah antara tempat yang boleh anda lawati jika ingin mencari makanan yang menarik di sini. Terdapat pelbagai makanan dijual. Pasar malam ini terletak di stadium Kangar. Jangan terkejut, di sini juga anda boleh perolehi Nasi kerabu. wajib cuba di sini. Keropoknya juga sedap.
Renaz Steamboat &BBQ
Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis
Bagi peminat steamboat dan bbq, anda bolehlah makan di sini. Harganya murah. Sangat berbaloi dan sedap.
Capati Labu Sayung
Bintong, Kangar, Perlis 01000
Ini memang unik. Peminat capati? Kalau begitu, kedai ini wajib anda ziarahi. Terletaknya di Bintong, Kangar. Capatinya lembut dan sangat sesuai untuk sarapan pagi.Gerai ini dibuka sehingga malam dan nasi lemaknya juga menarik untuk dicuba.
Kalau anda ke Padang Besar mesti lalu di depan kedai Capati Labu Sayung ini. Kedai ini terletaknya di sebelah kiri. Capatinya menarik disebabkan kepingan capati yang nipis. Tidak terasa ketul-betul tepungnya.
Anjung Keli
Jln Padang Behor, Kangar, Perlis 01000
Akhir sekali adalah Anjung Keli. Apa yang sedap di sini? Tentunya ikan keli menjadi pilihan. Kalau tidak, tidak perlulah tuan kedai letak nama kedainya Anjung Keli. Antara kedai yang menjual masakan kampung yang sedap di Perlis. Boleh dikatakan antara kedai makan yang sedap di Perlis. Ikan keli bakarnya patut dicuba.
Pelbagai masakan ada dan yang pentingnya segar-segar. Menurut sebahagian kecil orang, harga di sini sedikit mahal. Tetapi ada yang kata ianya berbaloi dengan harga. Jadi untuk harga, anda tentukan sendiri ya.
Harap anda gembira dengan perkongsian ini. Ada cadangan tempat makan yang sedap di Perlis? Kalau ada, kongsikanlah di bawah.
No comments:
Post a Comment