Kedai ini ada masa ramainya. Kalau masa ramai, memang beratur ke luar jawabnya. Tetapi kalau pergi sekitar pukul 10-11 pagi, tiada masalah. Pelbagai menu nasi kandar anda boleh makan di sini.

Deen Nasi Kandar

Jalan Jelutong
Jelutong, Penang 11600

Apa yang menarik?
  • Ayam atau ikan gorengnya
  • Kalau anda peminat kari kepala ikan, maka disyorkan untuk mencubanya
  • Kami sukakan telur sotongnya. Dimasak kekuningan memang sedap!

deen-nasi-kandar
Signboard taknak kalah. Hehe

deen-nasi-kandar-1
Kuah campuran yang sedap

deen-nasi-kandar-2
Ikan dan ayam goreng yang rangup!

deen-nasi-kandar-3
Telur sotong yang menyelerakan

deen-nasi-kandar-4
Menu simple yang sedap

deen-nasi-kandar-5
Antara lauk yang ada

Review kami?
  • Kesedapan? Kami berikan 9/10
  • Suasana? Tidak terlalu ramai. InsyaAllah ada sahaja tempat duduk
  • Harga? Sederhana. Kalau ambil sotong, udang faham-fahamlah. Tetapi ini Pulau Pinang bro, kira murah lagi.