Namun pastinya keasliannya masih berada di bumi Kelantan itu sendiri. Mungkin kita pernah mendengar kuih tahi itik, akok, cek mek molek dan sebagainya. Semuanya ini berasal dari Kelantan. Begitu juga nasi kerabu dan juga nasi air.Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.
Senarai ini tidak hanya memberi perhatian kepada makanan tradisi Kelantan, tetapi sekadar memberikan gambaran tempat makan terbaik yang mungkin melibatkan makanan lain yang ‘outstanding’ di Kelantan. Seperti biasa, susunan ini adalah tidak mengikut “ranking”. Semoga 6 pilihan kedai makan sedap di Kelantan ini menarik minat anda.
6 Kedai Makan Sedap Kelantan
#1 Alemy Meggi Ketam
Bangunan MDPP, Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh
Alemy Meggi Ketam merupakan salah satu menu paling hangat di Kelantan masa kini. Ianya menjadi buruan pelancong tempatan yang bercuti ke Kelantan. Malahan terdapat beberapa restoran yang menghidangkan megi ketam ini untuk santapan pelanggan.
Namun antara yang paling menyerlah adalah Alemy Meggi Ketam yang terletak di Cherang Ruku. Ada yang menggelarnya megi ketam Cherang Ruku. Megi ketam di sini dimasak menggunakan ketam nipah segar. Ianya kemudian dihidangkan di dalam periuk tanah untuk menaikkan aroma serta mengekalkan suhu megi yang amat sedap dimakan ketika panas.
Setiap hidangan menggunakan dua ekor ketam nipah yang bermula daripada saiz yang kecil sehinggalah kepada saiz yang besar. Harganya tertakluk kepada saiz ketam yang digunakan dan juga harga pasaran ketam semasa. Biasanya harga setiap hidangan bermula daripada RM20 sehinggalah kepada RM50.
Melihat Alemy Meggi Ketam yang mendidih dihadapan kita dengan dua ekor ketam bertakup di atasnya dengan wap serta aroma yang menyelerakan, periuk tanah itu boleh dikososngkan dalam masa yang amat singkat.
#2 Kedarotippaye ( Kedai Roti Tempayan )
Sebelah Stesen Minyak Caltex, Guchil 2, 18020 Kuala Krai
Kedai ini lebih merupakan sebuah warung, akan tetapi kualiti makanan yang disajikan boleh dianggap bertaraf restoran. Terletak berhampiran simpang tiga Guchil-Kuala Krai, warung ini menyajikan roti tempayan yang asli yang dianggap terbaik di Kelantan.
Rotinya diadun dengan resipi tradisi dan di bakar di dalam tempayan dengan arang menjadikan aroma serta kelembutan aslinya amat mudah memerangkap selera sesiapa yang mencubanya. Tidak kurang juga dengan pencicahnya yang terdiri daripada pelbagai jenis kari atau gulai bercirikan Kelantan yang amat pekat dan berperisa.
Kari daging mahupun ayam selain ikan adalah kuah yang sering menjadi pilihan pelanggan selain daripada kari kambing yang dianggap amat memenuhi selera pengunjung di sini. Tetapi satu kuah yang begitu istimewa adalah kari kepala ikan yang sangat sedap.
Selain roti tempayan, terdapat juga makanan ala mamak yang lain seperti roti canai, murtabak dan sebagainya. Harganya juga amat berpatutan.
#3 Kopitiam Kita
4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu
Kopitiam Kita adalah sebuah kafe untuk sarapan yang paling popular di Kota Bharu atas alasan kunjungan yang berterusan daripada masyarakat setempat mahupun pengunjung dari luar. Malahan lebih membanggakan adalah kunjungan daripada selebriti dan juga pemimpin-pemimpin politik yang sering menjamu selera di kafe ini.
Untuk berlaku adil, makanannya juga amat unik dan memikat yang terdiri daripada himpunan nasi dan juga kuih muih dari seluruh pelusuk Kelantan. Daripada Nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin sehinggalah kepada Nasi Tumpang Kubang Pasu, semuanya boleh didapati di kafe ini. Menjadikan ianya merupakan “one stop center” kepada makanan Kelantan.
Tidak dilupakan adalah Roti Titab yang dianggap menu ‘signature’ kafe Kopitiam Kita ini. Dengan telur separuh masak yang tertancap diatas roti bakar, dengan mudah selera kita tercuit. Tak kurang juga nasi kerabu dan kuih muih serta manisan yang sesuai untuk minum pagi. Minumannya juga boleh dianggap amat baik dan harga seta servisnya amat baik dan professional.Memang terbaik kedai Kopitiam Kita.
#4 Nasi Kak Wook
Jalan Masji Lundang, Kota Bahru
Tidak banyak yang perlu dikatakan berkenaan nasi Kak Wook yang amat popular di Kota Bharu. Kedai ini telah diusahakan turun temurun sejak bertahun yang lampau. Setiap warga Kota Bharu pasti tahu dan pernah merasai keenakan Nasi Kak Wook.
Menunya amat mudah dengan nasi berlauk ayam goreng berempah dan juga gulai ayam. Apa yang menjadikannya amat istimewa adalah rasa rempah ayam gorengnya yang begitu unik dan tidak akan didapati di tempat lain.
Begitu juga rasa gulai ayamnya yang begitu baik dan melekat. Tidak hairanlah jika sehingga kininasi Kak Wook ini telahpun memiliki cawangan samada yang memang dibuka oleh waris ataupun sekadar pada nama.
#5 Restoran Nasi Kerabu Golok
Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu
Kelantan dan nasi kerabu tidak akan boleh dipisahkan sampai bila-bila. Malah anak-anak Kelantan akan terus mencari nasi kerabu walau ke mana pun mereka merantau. Jadi tidak hairanlah jika nasi kerabu boleh didapati di mana-mana saja di Malaysia.
Di Kelantan sendiri, antara restoran nasi kerabu yang dikatakan terbaik adalah Restoran Nasi Kerabu Golok yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra. Dengan nasi berwarna biru, anda boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk untuk dipadankan dengan ulam-ulaman dan juga budu dan pelbagai perencah lain. Terdapat ikan bakar, daging salai, telur masin, daging goreng, cili solok serta bermacam-macam lagi lauk asas nasi kerabu. Ramai yang tidak ragu-ragu mengatakan di sinilah nasi kerabu terbaik yang pernah mereka jamah.
Untuk berlaku adil, dikatakan kekuatan sebenar nasi kerabu Golok ini adalah daging salai serta ayam bakarnya yang amat sedap. Ditambah pula dengan ulam-ulaman yang segar serta budu yang juga segar. Tidak boleh dilupa juga adalah tomyamnya yang dikatakan amat sedap dan terasa.
Sedikit kontra untuk makanan di sini adalah ‘portion’ ayamnya yang kecil dan juga servis yang dikatakan sedikit lambat. Juga sistem kiraan yang masih ditakuk lama. Apapun semua itu langsung tidak menggugat keenakan nasi kerabu di sini. Cubalah makan di Restoran Nasi Kerabu Golok ini!
#6 Yati Ayam Percik
847 Jalan Long Yunus (Jalan Pekeliling), Kota Bharu
Selain nasi kerabu, Kelantan turut terkenal dengan makanan percik yang amat popular. Tambahan pula dimakan dengan nasi kerabu. Tidak hairanlah jika Restoran Yati Ayam Percik ini amat popular dan mendapat perhatian ramai.
Keistimewaan restoran ini adalah ayam, daging serta ikannya dipanggang di atas arang kayu yang menghasilkan aroma serta rasa yang berbeza. Pastinya rasa yang unik ini turut disumbang oleh adunan rempah ratus yang unik serta rahsia.
Begitu juga sos perciknya yang dikatakan lemak berkrim dan digemari oleh penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar.
Ayam percik ini pula dihidangkan bersama nasi kerabu yang asas. Membayangkannya saja sudah cukup menyelerakan terutama bagi penggemar nasi kerabu.
Selain ayam percik, terdapat juga pelbagai masakan lain seperti sup tulang, ayam kampung, burung puyuh, ikan cencaru bakar, daging bakar, gulai kawah, gulai serati dan pelbagai jenis kuih muih Kelantan yang pelbagai.
Restoran ini sentiasa sesak dengan pelanggan yang berkunjung terutama pada musim cuti sekolah. Malah kini restoran ini sudah memiliki cawangan di luar Kelantan seperti di USJ dan juga Bangi.
……………………………………………………………..
Anda sukakan kedai makan Kelantan yang dipilih oleh kami? Restoran atau kedai makanan yang mana menjadi pilihan kalbu anda? Oh, jangan lupa untuk like atau share jika restoran atau kedai makan yang dikongsi menarik.
PENGAKUAN TULUS DARI SAYA RESKY KERJA DI HONG KONG
ReplyDeleteAssalamualaikum.wr.wb. Kami ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan.AKY .dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG:akhirnya saya coba untuk menhubungi.AKY SANTADEWA dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan AKY.meman betul2 terbukti tembus 100% HONGKONG dan saya sangat bersyukur berkat bantuan AKY: kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri.munkin saya tidak bisa membalas budi baik.AKY sekali lagi makasih yaa AKY dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja.BELIAU :( 0852-8315-2944 ] atau KLIK http://akisantadewa.blogspot.com insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.
1/"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana2 tapi tidak menghasilkan
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya tapi tidak ada satupun yang berhasil. Solusi yang tepat jangan anda putus asah..
AKY SANTADEWA.akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB..
angka GHOIB:SINGAPURA
angka GHOIB:HONGKONG
angka GHOIB:MALAYSIA
angka GHOIB:TOTO MAGNUM 4D.6D.8D
angka GHOIB:LAOS
angka GHOIB:SIDNEY
angka GHOIB:CAMBODIA
angka GHOIB:CHINA
angka GHOIB:KOREA
angka GHOIB:TOTO KUDA
angka GHOIB:ARAB SAUDI
angka GHOIB:BRUNEI DARUSSALAM
angka GHOIB:TAIWAN
angka GHOIB:THAILAND
bila butuh bantuan hubungi saja.BELIAU :( 0852-8315-2944 ] atau KLIK http://akisantadewa.blogspot.com