Artikel kali ini kami ingin kongsikan tempat makan yang boleh dilawati dan dicuba jika anda pergi ke Kuching. Kuching ada tarikannya. Ini adalah beberapa cadangan tempat makan sedap di Kuching untuk anda cuba. Awas, jangan;ah sibuk makan sahaja, pergilah juga melawat tempat menarik yang ada di sana.
Rojak Kucei
Batu Lintang Hawker Centre (Jalan Batu Lintang), Kuching, Sarawak 93300
- sesuai untuk sesiapa yang ingin bersarapan dan makan awal tengah hari
- rojak ayamnya adalah menu wajib dicuba
- teh 3 layer juga ada dijual di sini
- dikatakan menjual rojak ayam yang tersedap di Kuching
Dyg Salhah’s Kek Lapis Sarawak
No 40, Kpg Gersik, Kuching, Sarawak 93050
Pergi ke Sarawak memang tidak sah kalau tidak membeli kek lapisnya. Kedai ini antara kek lapis yang dicadang ramai untuk membelinya. Terdapat pelbagai jenis corak dan jenis kek lapis yang dijual di sini. Harganya pun murah sangat. Jangan risau, adanya sample untuk dicuba. Tetapi jangan tidak beli pula selepas makan 10 sample.
Apa yang patut dicuba?
- Dragon Cheese
- Cadbury Cheese
- kek lapis India
Swee Kang Ais Kacang
Ground Floor, Lot 176, Jln Hj Taha (Lot 176, Ground Floor), Kuching, Sarawak 93400
Kalau peminat ais kacang, kedai ini antara ais kacang anda perlu cuba di Kuching. Ambillah white lady. Memang cadangan ramai. Kedai ini tutup pada hari Isnin. Waktu operasi adalah 11.45 pagi-6.30petang.
Cukup 3 cadangan untuk anda lawati dan cuba di Kuching. InsyaAllah kami akan kongsikan lebih banyak lagi apa yang ada di Kuching di entri akan datang.
No comments:
Post a Comment