Medan ikan bakar ini mempunyai beberapa gerai yang menarik. Menurut sumber, yang paling menarik adalah Wak Jos Ikan Bakar Muar. Jadi kali ini jom terjah sini dulu untuk menikmati ikan bakarnya.
Wak Jos Ikan Bakar Muar
Apa yang menarik di sini?
- Medan Ikan Bakar Sabak Awor di sini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Muar.
- Ada yang kata tempat medan ikan bakar Sabak Awor ini jauh lebih selesa berbanding Umbai? Betul ke? Anda yang pernah datang ke sini setuju?
- Parking di sini juga tidak perlu bayar. Berdekatan medan ikan bakar ini adanya menara tinjau mengadap Sg Muar. Jadi, boleh jalan-jalan sebentar kalau bosan.
Apabila disiasat tentang apa yang menarik untuk kedai Wak Jos Ikan Bakar Muar ini adalah :
-harganya sangat murah dan segar-segar
-ikan sikap masak stimnya sangat istimewa dan menarik
-sedap tetapi kena tunggu sedikit sebab ramai orang
Anda yang pernah datang ke sini ada pengalaman? Jika ada, janganlah kedekut untuk berkongsi. Jom review Wak Jos Ikan Bakar Muar ini.
No comments:
Post a Comment