Asam Pedas Selera Kampung
Mahkota Square (G2)Melaka, Melaka 75450
Pelbagai jenis masakan disediakan. Keistimewaan kedai ini adalah asam pedasnya dan juga daging salai masak lemak. Patut dicuba dan sememangnya terkenal. Tidak sukar untuk dicari. Selain daging salai, bagi peminat udang dan ketam, anda patut mencubanya. Besar-besar udang dan ketamnya.
Hajjah Mona Asam Pedas
6, Jalan Laksamana (Taman Kota Laksamana)
Dapatkan asam pedas tetel di sini. Keistimewaan dan patut cuba adalah asam pedas tetal. Pasti ianya akan membuat anda ingin datang semula ke sini. Dibuka 5 petang sehingga 5 pagi. Jadi kalau tengah malam lapar selepas pusing Bandar Melaka, bolehlah cuba datang ke sini. Tutup pada hari Ahad.
Apakah itu tetal? Sebenarnya ianya adalah sebahagaian daging.
Banyak lagi kedai asam pedas di Melaka yang sedap-sedap. Di atas merupakan antara wajib anda pergi.
No comments:
Post a Comment