Apa yang menarik di sini ialah pada kuah kicap yang unik. Kicapnya rasanya diletakkan sos tiram, membuatkan rasa ala-ala manis yang menyelerakan. Sos cilinya juga istimewa. Ala-ala sos cili Ayam Mas. Mungkin kerana diletakkan sedikit cuka.

Nasi Ayam Misai
Ground Floor, Kompleks Bukit Jambul (Jalan Rumbia), Bayan Lepas, Pulau Pinang 11900

Kedai nasi ayam ini terletaknya di dalam kompleks Bukit Jambul. Kalau anda di Bayan Lepas atau Bayan Baru, tanya sahaja orang di sekeliling. Pasti ramai tahu di mana kompleks ini berada. Kedai makan ini pula terletaknya di hujung sudut tingkat G. Jadi tidak payah susah-susah hendak gunakan lift di sini.
Kedai ini nampak sedikit buruk kalau dibandingkan kedai makan lain seperti KFC dan McD dalam pusat membeli belah ini. Tetapi percaya kepada kami, ianya kedai yang terbaik untuk kategori nasi ayam yang pernah kami jumpa. Memang sedap!
Waktu operasi pula selagi Komples Membeli-belah ini buka. Selalunya daripada 10 pagi-10 malam.

nasi-ayam-sedap
Kaunter hadapan
nasi-ayam-sedap-1
Satu set nasi ayam

Ianya dihidangkan di dalam tray. Ala-ala tray dewan makan sekolah asrama. Uniknya di situ. Nasinya pula ada 2 jenis. Anda boleh makan nasi ayam atau pilih nasi goreng. Kami selalunya akan ambil nasi goreng. Nasi gorengnya kosong sahaja. Nasi boleh ditambah dengan harga yang cukup murah. Biasanya memang akan ambil nasi tambah.
Kedai ini tidak terlalu besar. Boleh memuatkan sekitar 20-30 orang apsa satu masa.
Apa permakahan kami?
Suasana? Ala-ala warung dan memudahkan. Perlu beratur ala-ala kedai makanan segera.
Harga? Murah dan berbaloi. Harga RM15 boleh dapat untuk set 2 orang. Murahkan? :-)
Servis? Cepat, biasanya beratur sekitar 5 minit sahaja sehingga dapat makanan.