Tetapi bagi kami, apa yang menarik dan patut dicuba di sini adalah Burger Bakar Abang Burn dan juga Sate Willy. Seperti ramai yang tahu, Burger Bakar Abang Burn memang antara burger bakar yang terbaik. Abang Burn sememangnya mempunyai banyak cawangan dan di Ramal Junction adalah salah satu daripadanya.
Makan dan menunggu pesanan burger bakar di sini tidaklah lama. Semasa tiada orang, proses beratur sekadar megambil 5 minit. Tetapi jika silap waktunya lebih-lebih lagi waktu hujung minggu dan waktu sekitar 7-8 malam. Lama juga beratur untuk menunggu melakukan pesanan. Maklumlah ramai datang hendak mencuba dan makan lagi di sini.
Walau bagaimnapaun, nasib baiklah surau ada di sini. Satu yang sangat kami puji pihak di sini. Jadi anda tidak perlu risau jika sudah masuknya waktu untuk sembahyang. Kalau risau ramai dan lamanya menunggu, datang sahaja awal sebelum Maghrib dan sembahyang sahaja di situ. Tidak perlu tergesa-gesa hendak pulang.
Selain itu, apa yang kami suka di sini adalah skrin besarnya yang digunakan untuk menonton siaran televisyen. Jadi semasa siaran langsung perlawanan bola sepak memang meriahlah sangat. Memang sesuai lepak bersama-sama rakan. Tetapi kalau bawa keluarga, janganlah datang waktu tersebut.
Burger Bakar Abang Burn di sini tidak terlalu lama menunggu. Kami sudah makan beberapa kali dan kebiasaannya ianya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja selepas melakukan pesanan.
Satu lagi tarikan di sini adalah Sate Willy. Sate sini memang sedap dan enak. Memang terasa lemaknya dan manis isinya. Cuma satu kami kurang gemar, cepat sangat habis sate jualannya. Kalau datang lambat biasnya tiadalah harapan. Datang sebelum pukul 9 malam kalau ingin mencuba. Lagi satu, semasa ramai orang, memang lama juga perlu ditunggu.
Jadi, kalau tujuan memang hendak datang makan Sate Willy ini, pastikan datang awal. Supaya tidak terlalu lama menunggu. Satu lagi boleh sahaja memesan makanan lain dan selepas makan, boleh diisi dengan Sate Willy pula. Jadi tidaklah terlalu penat menunggu.
Apa yang boleh diperbaiki oleh tawkey Sate Willy adalah, banyakkan stok sate dan tambah ramai lagi pekerja. Tingkatkan servis. Daripada sudut kesedpaan makanan memang sudah cukup baik!
Bagaimana hendak datang ke Ramal Junction? Ianya betul-betul terletak di jalan besar, selepas keluar dari tol Kajang Plus, ambillah jalan menghala ke Kajang. Kira-kira 4 kilometer di situ, anda akan perasan adanya jejantas dan di sebelah kiri anda banyaknya kedai dan stesyen bas.
Tempat letak kereta di sini sesak sedikit. Untuk selamat dan memudahkan letak sahaja 100 meter jauh daripada Food Court Ramal Junction.
Semoga tips ini membantu. Jangan lupa like dan share.
No comments:
Post a Comment