Mee Kari Daud Mat Jasak
Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh
Ipoh juga turut memiliki keunikan makanan yang tersendiri yang jarang didapati di tempat lain seperti mee kicap dan juga mee kari Ipoh yang popular di seluruh negara. Kini dengan mudah anda akan mendapati peniaga mee kari akan meminjam frasa mee kari ipoh untuk melambangkan kualiti mee kari yang dijual. Tetapi mee kari ipoh amat “authentic” dan mempunyai aura yang tersendiri.
Mencari restoran ini tidak sukar sebenarnya. Ianya terletak dideretan kedai. Walaupun sedikit tersembunyi, namun anda dapat lihat ‘signboard’ besar untuk restoran mee kari ini. Gerainya sedikit terlindung dengan tirai untuk menghalang cahaya matahari.
Restoran Daud Mat Jasak merupakan penyaji mee kari yang dikatakan terbaik di Ipoh malahan pengunjung dari luar sanggup menempuh kesesakan lalulintas Ipoh untuk mencari restoran ini. Semata-mata hanya untuk merasa mee kari ini. Dengan komponen-komponen mee kari yang lengkap seperti ‘fishball’, tauhu serta kuah yang pekat dan lemak, sesiapa saja pasti mudah tertawan dengan rasanya walaupun sedikit muak jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Memang terbaiklah mee kari Hj Daud Mat Jasak ini.
Mee Kicap Selain Mee Kari Daud Mat Jasak
Pernah dengar Selain mee kari, mee kicap turut menambah keunikan restoran ini. Mee kicap amat popular di Ipoh dan menu ini sukar dicari di tempat lain. Penggemar kicap pasti sekali tidak akan melepaskan menu ini yang memang sedap dan berperisa. Biasanya mee kicap disajikan dengan yong taufu sup dan komponen yong taufu itu boleh dipilih sendiri. Malah yong taufu sup juga merupakan menu di restoran ini dan anda boleh memesannya sendiri.
Mee Sup Mee Kari Mat Jasak
Mee sup juga merupakan antara menu yang turut memikat. Selain mee, isinya boleh digantikan dengan bihun ataupun kueyteow. Terdapat kueyteow kari, kueyteow sup dan juga kueyteow kicap selain bihun. Jika anda ke Ipoh, pastinya kunjungan ke restoran ini bukanlah satu tindakan yang akan merugikan.
Jadi, jika anda sukakan mee kari dan sedang berada di Ipoh, Perak, jangan buang masa anda mencari mee karing yang super duper power. Terus terjah ke sini Restoran Mee Kari Mat Jasak.Restoran ini adalah antara 6 tempat makan menarik di Ipoh.
No comments:
Post a Comment