Restoran Asam Pedas Selera Kampung
No. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir
Malacca
+60 6-288 1799

Apa kelebihan Restoran Asam Pedas Selera Kampung ini? Ianya diasaskan oleh  Saharudin Mohd Nor. Anak peneroka berusia 38 tahun ini seorang berbakat menggoda selera pelanggan dengan masakan asam pedas yang menjadi kegilaan ramai warga kota Melaka Bandaraya Bersejarah. Owh!

Restoran ini menyediakan resipi asli asam pedas istimewa kepala ikan jenahak yang boleh dinikmati dengan hidangan nasi panas dan 10 jenis ulam-ulaman. Ikan lain juga disediakan mengikut pilihan dan cita rasa pelanggan.

asam-pedas-selera-kampung-3
Pelbagai jenis ikan

asam-pedas-selera-kampung-2
Pelbagai lauk pauk

asam-pedas-selera-kampung
Hadapan kedai

Jika anda datang ke sini, anda boleh melakukan 2 perkara dalam satu masa. Pertama mencuba masakan asam pedas di restoran ini, kedua pula berjalan-jalan sekitar bandar Melaka yang bersejarah ini. Kata orang, membaling batu, tetapi dapatnya 2 ekor burung. Hehe.Restoran ini sentiasa dipenuhi orang. Menu yang wajib dicuba di sini adalah daging salainya.

Ianya merupakan pilihan ramai orang. Memang terbaik! Tetapi ada yang cakap, harganya sedikit mahal. Jadi kalau tuan punya restoran ini membaca mungkin perkara ini boleh difikirkan. Apa-apapun secara keseluruhan, memang antara restoran asam pedas yang sedap.