Yang uniknya tempat ini, hanya masakan nasi goreng seafood sahaja yang ada. Makanan lain memang tiada. Jadi jangan ingin mengada-ngada hendak pesan makannan lain selain nasi goreng seafood. Kalau ingin pesan kuey-teaw goreng, bubur nasi, atau mee hailam maksudnya anda berada pada salah tempat!
Menurut sumber yang dipercayai, mungkin betul atau tidak, tuan punya restoran ini mempunyai kelong sendiri dimana semua hasil laut yang diperolehi adalah segar. Mungkin ada kebenarannya kerana sotong yang tempah, sentiasa kenyal dan besar-besar. Jadi apabila disebut segar, maksudnya anda dapat bayangkan betapa enaknya masakan yang akan dirasai nanti.
Keunikkan tempat makan ini adalah pada cara gorengannya. Nasi goreng seafoodnya digoreng diatas kuali yang leper yang besar. Sama seperti mee goreng atau kuey-teow goreng yang kita nampak di pasar malam. Sepinggan atau sebungkus nasi goreng seafood mempunyai bahagian nasi yang cukup banyak . Memang banyak, siap boleh makan dua orang untuk yang perempuan. Anda juga memperolehi dua ekor udang yang besar. Memang puas hati.
Di sini juga adanya ikan bakar dan makanan laut yang lain. Ikan pari bakar pula dikatakan paling enak jika hendak dibandingkan dengan Ikan Bakar Tip Top. Sotong goreng sambal pula besar dan sesuai untuk dimakan 4 orang dewasa. Perasaan yang sukar digambarkan, kekenyalan dan kemanisannya. Lagi satu tempat ini mula operasi pada pukul 6 petang. Jadi jangan datang waktu tengah hari pula.
Nama Gerai : Restoran Makanan Laut
Lokasi : Belakang Restoran Zorro Stulang
Jalan Stulang Laut 1, Johor Bahru, Johor 80300
Wajib Order : Nasi Goreng Seafood
Waktu Perniagaan : 06:00PM – 12.00AM
Apa lagi, jom terjah salah satu tempat makan best dan menarik ini. Rugi kalau anda datang ke Johor Bahru tetapi tidak makan di sini. Rugi!
No comments:
Post a Comment