Sunday, 4 January 2015

Tempat Menarik di Kuantan

Kuantan mempunyai beberapa tempat makan yang menarik. Jika anda ke sana, jangan lupa untuk singgah antara tempat yang akan kami cadangkan. Ianya berdasarkan pilihan ramai dan berpatutan dengan harga. Semoga ianya membantu anda ketika di sana nanti. Ini adalah antaratempat makan menarik di Kuantan.


Gerai Calong U Turn
No 1 & 2, Medan Selera Feri (Jalan Tanah Putih), Kuantan, Pahang 25000

Tempat ini terkenal dengan sarapannya.  Terletak di Medan Feri di depan Pasaraya Giant. Anda hanya perlu mengambil U-turn ketika di Pasararaya Giant. Mungkin nama kedai ini adalah disebabkan pelanggan perlu mengambil U-turn jika hendak makan di sini. Pernah dengar tentang Mee Calong? Mee Calongnya adalah wajib anda ambil untuk sarapan.
Suasana yang tenang membuatkan tempat ini sesuai untuk dilawati pada waktu pagi. Medan ini berdekatan dengan sungai.
mee-calong
Set mee calong


Fryerzone Western Kuantan
Taman Indera Sempurna , Kuantan

Jika anda mencari Chicken Chop yang sedap di  Kuantan, mungkin kedai ini patut anda lawati. Harganya juga dikatakan murah dan berbaloi. Harganya adalah RM8 untuk 1 set Chicken Chop.  Menu yang paling dipilih ramai adalah  menu promosi Chicken Chop (Promosi Set Chicken Chop dengan Jus Buah). Hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Menu ini boleh dibeli dengan harga RM9.50.
Sebenarnya tempat ini agak jauh dari Kuantan. Sesuai untuk sesiapa yang menginap di Sempurna Resort Kuantan.  Sempurna Resort ini boleh dikatakan  antara resort yang murah di sini.

fryerzone-western-kuantan
Set Chicken Chop

fryerzone-western-kuantan
Harga dan menu kedai

fryerzone-western-kuantan
Promosi


Burger Bakar Big Show Grilled 
Beserah Kuantan (Sebelum Balai Polis Beserah jika dari Kuantan)

Burger bakar di Kuantan juga menarik untuk dicuba. Orang cakap boleh lawan yang di KL punya.Tempat ini juga menarik untuk berehat kerana terletaknya berdekatan pantai. Antara tempat best makan dan menarik untuk berehat di Kuantan. Pemandang pantai cantik disamping angin bertiup sepoi-sepoi bahasa .
Burger-Bakar-Big-Show
Burger bakar di Kuantan


Karipap Panas
Taman Gelora

Kedai ini sememangnya terkenal dengan karipap panasnya. Harganya adalahRM1 seketul. Saiznya besar daripada kebiasaan.Jika tidak salah kami, kedai ini ditutup pada pukul 6 petang.

Karipap-Panas
Panas dan menyelerakan

Semoga entri tempat makan menarik di Kuantan membantu anda menyelesaikan masalah makan  jika anda ke sana. Kami akan menulis lebih banyak lagi tentang tempat makan di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...