Malah terdapat juga beberapa menu yang unik yang jarang-jarang didapati di tempat lain. Jadi tidaklah sukar untuk menulis tentang tempat makn best di Ipoh.
Senarai ini akan menggeledah mencari antara enam tempat makan terbaik di bandaraya Ipoh. Semestinya makanan halal menjadi keutamaan dalam senarai ini. Tanpa menyusun mengikut ranking, senarai ini akan memberikan sedikit sebanyak panduan dan cadangan jika kita mencari tempat makan terbaik di Ipoh. 6 pilihan tempat makan sedap Ipoh.

6 Tempat Makan Best Ipoh

#1 Nasi Vanggey Greentown

Greentown Business Centre, 30450 Ipoh
Jika menyebut Ipoh, tiada makanan yang lebih popular selain daripada nasi vanggey. Nasi Vanggey amat berkuasa di Ipoh setaraf pengaruh nasi kandar di Pulau Pinang. Turut dikenali sebagai nasi ganja, nasi vanggey ini tidak popular tanpa sebab kerana sajiannya amat menakjubkan. Tanyalah kepada sesiapa sahaja, ayam gorengnya tiada tandingan. Malahan ayam goreng rosnya dianggap lagenda dan berada dalam kelas yang tersendiri. Ayam madunya juga dikatakan sangat sedap.

Nasi Vanggey Ipoh
Nasi Vanggey Ipoh
Nasi Vanggey Ipoh
Selain nasi dan lauk pauknya, restoran ini turut menghidangkan pelbagai lagi menu dan roti naan antara satu lagi hidangan yang dianggap terbaik. Ada yang tanpa ragu-ragu menyifatkan roti naan di sini sebagai antara yang terbaik di Ipoh. Pilihan utama pastinya roti naan cheese yang amat memikat selera.
 Minuman di sini juga turut setanding makanannya terutamanya teh tiga lapis yang menjadi buah mulut pengunjung di sini. Malahan milo ais serta teh tariknya amat pekat dan berperisa. Selain itu suasana premis ini amat sesuai untuk melepak dan bersenang-senang sambil menonton bolasepak.
Namun, harganya dianggap sedikit mahal dan servisnya juga tidak begitu memuaskan berbanding kos yang perlu dibayar pelanggan. Mungkin sesuatu perlu diperbaiki untuk menarik lebih ramai pelanggan. Oh, ini bukan kata kami, ini berdasarkan pelanggan dan beberapa review yang diterima. Apapun, Restoran Nasi Vanggey di greentown ini sudah menjadi sebutan sesiapa sahaja yang mengunjungi Ipoh.

#2 Mee Kari Daud Mat Jasak

Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh
Ipoh juga turut memiliki keunikan makanan yang tersendiri yang jarang didapati di tempat lain seperti mee kicap dan juga mee kari Ipoh yang popular di seluruh negara. Kini dengan mudah anda akan mendapati peniaga mee kari akan meminjam frasa mee kari ipoh untuk melambangkan kualiti mee kari yang dijual. Tetapi mee kari ipoh amat “authentic” dan mempunyai aura yang tersendiri.
Restoran Daud Mat Jasak merupakan penyaji mee kari yang dikatakan terbaik di Ipoh malahan pengunjung dari luar sanggup menempuh kesesakan lalulintas Ipoh untuk mencari restoran ini. Dengan komponen-komponen mee kari yang lengkap seperti ‘fishball’, tauhu serta kuah yang pekat dan lemak, sesiapa saja pasti mudah tertawan dengan rasanya walaupun sedikit muak jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Memang terbaiklah mee kari Hj Daud Mat Jasak ini.

Mee Kari Hj Daud Mat Jasak
Mee Kari Hj Daud Mat Jasak
Mee Kari Hj Daud Mat Jasak
Selain mee kari, mee kicap turut menambah keunikan restoran ini. Mee kicap amat popular di Ipoh dan menu ini sukar dicari di tempat lain. Penggemar kicap pasti sekali tidak akan melepaskan menu ini yang memang sedap dan berperisa.
Biasanya mee kicap disajikan dengan yong taufu sup dan komponen yong taufu itu boleh dipilih sendiri. Malah yong taufu sup juga merupakan menu di restoran ini dan anda boleh memesannya sendiri.
 Mee sup juga merupakan antara menu yang turut memikat. Selain mee, isinya boleh digantikan dengan bihun ataupun kueyteow. Terdapat kueyteow kari, kueyteow sup dan juga kueyteow kicap selain bihun. Jika anda ke Ipoh, pastinya kunjungan ke restoran ini bukanlah satu tindakan yang akan merugikan.

#3 Restoran Simpang Tiga

D – G, Greentown Square, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450, Ipoh
Tinggalkan seketika makanan ‘signature’ Ipoh kerana kita akan meninjau makanan dari Sumatera yang mula bertapak di Ipoh. Restoran Simpang Tiga ini merupakan salah satu cawangan restoran tersebut yang berpusat di Medan. Malahan satu-satunya cawangan mereka di Malaysia buat masa ini.
Restoran ini menyajikan nasi padang terbaik dan pastinya resipinya adalah ‘essential’ dari Padang. Melihat dari luar, restoran ini kelihatan begitu mewah dan anda akan mengagak bahawa harganya pasti mahal dan membebankan, tetapi melangkah masuk ke dalam, anda pasti akan rasa selesa dan serasi dengan suasananya. Melihat hiasan dalamannya dan pakaian para pekerjanya, anda terasa seolah-olah berada di Medan malahan pekerjanya juga sememangnya berasal dari sana.

Restoran Simpang Tiga Ipoh
Restoran Simpang Tiga Ipoh
Kredit gambar : Restoran Simpang Tiga
Bukan itu saja, makanannya juga enak dan memukau. Dengan rak yang dipenuhi pelbagai jenis lauk pauk masakan padang, pasti memilih sesuatu yang memenuhi citarasa anda adalah satu isu besar di sini. Semuanya enak dengan rasa yang tersendiri. Pilihan utama di sini adalah ayam bistik dan juga bergedil serta ayam goreng pop.
Malah bermacam lagi lauk pauk yang tersedia. Selain itu terdapat juga set ayam penyet, set nasi ikan kembung dan sebagainya. Nasi padang juga pasti tidak lengkap tanpa sambal-sambal yang mampu mendorong deria rasa kita ke tahap tertinggi.
 Restoran ini turut menawarkan khidmat majlis keramaian seperti perkahwinan dan sebagainya.  Suasana yang amat selesa ini menjadikan apa yang kita bayar amat berbaloi ditambah dengan kemudahan yang lengkap serta keramahan dan kecantikan pekerjanya.

#4 Restoran Mee Rebus Ramli

No. 767 , Taman Tasik Jaya, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh
Mee rebus Ramli sememangnya satu nama yang tidak perlu diperkenalkan di sekitar Ipoh dan utara malah menjangkau sehingga ke Lembah Kelang untuk sesiapa yang pernah menikmatinya. Ramai yang menganggap inilah mee rebus sebenar dan yang terbaik di Malaysia.
 Dengan kuahnya yang pekat dan amat sedap berserta cucur yang rangup itu menyerlahkan rasa mee rebus yang amat kuat. Perahan limau nipis akan menambahkan rasa masam yang akan melonjakkan selera setiap individu yang menikmatinya terutamanya mereka yang memang penggemar mee. Ada pelanggan menyifatkan mee rebus Ramli ini bukan saja sedap tetapi sangat sedap dan berada dalam taraf “royal”.

Mee Rebus Ramli Ipoh
Mee Rebus Ramli Ipoh
Kredit gambar : Azim
 Selain mee rebus, restoran ini turut menghidangkan menu lain yang pelbagai bermula daripada menu “savoury” yang lain seperti asam laksa, nasi ayam sehinggalah kepada makanan Barat yang juga tidak kurang hebatnya. Minumannya juga amat baik setaraf kualiti mee rebusnya.
 Akan tetapi atas nama restoran mee rebus, pastinya mee rebus adalah menu pilihan utama di sini.

 #5 Medan Selera Taman Kanak-Kanak

Jalan Dato Tahwil Azhar, Ipoh
Jika bersiar-siar di Ipoh dan anda mencari tempat makan yang terbaik, Medan Selera Taman Kanak Kanak (TKK) ini mungkin satu tempat yang amat sesuai untuk dikunjungi. TKK ini memang terkenal di Ipoh kerana di sini terdapat beberapa makanan yang dianggap lagenda dan “marvellous” walaupun hanya terletak di medan selera.
Antara yang menjadi sebutan dan diburu pelanggan adalah popia basah SS Ali. Dengan kulit popia yang lembut dan sedap, ditambah dengan isinya yang padat dan amat sedap sangat mudah menjerat deria rasa kita. Walaupun dimakan begitu sahaja, popia ini amat sedap, tambahan pula dimakan dengan kuahnya yang amat berperisa dan sangat sedap.
Mungkin popia ini boleh dianggap yang terbaik di Ipoh malahan kini nama popia SS Ali sudah mula menular ke tempat lain. Anda tidak boleh meninggalkan Ipoh tanpa menikmati popia ini.
Medan SeleraTaman Kanak-Kanak
Medan SeleraTaman Kanak-Kanak
Medan SeleraTaman Kanak-Kanak
Medan SeleraTaman Kanak-Kanak
Satu lagi makanan yang bertaraf lagenda di TKK ini adalah satay endut. Ayam dan dagingnya di hiris nipis dan dibakar dengan garing selepas diperap dengan rempah ratus tersendiri yang amat sedap. Dengan bahagian luar yang garing dan isi yang masih berjus, pengalaman menikmati satay endut ini pastinya sukar anda lupakan dan anda pasti sekali lagi ke sini.
Kuahnya juga pekat dan menyerlah dengan rasa kacang dan cili serta cukup segala rasanya. Selain itu, turut terdapat makanan lain yang tidak kurang hebatnya seperti ABC Ah Seng, Sup Darus, Nasi Lemak Pandan serta Laici Kang yang juga menarik dan berbaloi dicuba.

#6 Man Yong Tau Foo

Gerai sisi di Restoran Pak Wan, Jalan Madrasah, Kg Sungai Tapah, Ipoh
Ipoh sememangnya terkenal dengan masakan cina atau Hainan yang begitu banyak membanjiri bandaraya ini. Yong tau foo adalah salah satu makanan yang menjadi ‘signature’ untuk Ipoh.Man Yong Tau Foo merupakan pilihan terbaik untuk yong tau foo halal di Ipoh. Gerai ini yang menumpang sisi sebuah kedai makan telah mencipta namanya yang tersendiri.
Dengan pilihan komponen yong tau foo terbaik dan segar dan kuahnya yang ala-ala kuah yong tau foo cina menjadikan Man yong tau foo menjadi kegemaran banyak penggemar yong tau foo. Rasa masam, manis dan pedasnya cukup untuk mengelakkan kita muak menikmatinya.
Man Yong Tau Foo Ipoh
Kredit gambar :  Imma
Sesuatu yang menjadi buah mulut adalah penampilan kedai ini yang disifatkan amat bersih. Semua bahan dan perkakasan dikendalikan dengan cermat dan kebersihan menjadi keutamaan. Jadi anda tidak akan ragu-ragu dan terganggu untuk mencuba keenakan yong tau foo di sini.

…………………………………………………………………

Senarai ini bukanlah muktamad tetapi masih terbuka untuk anda mencadangkan tempat makan yang mungkin lebih baik. Semestinya citarasa setiap individu begitu berbeza, tetapi popularity sesebuah tempat tidak boleh dipertikaikan. Semoga anda suka pilihan tempat makanbest Ipoh kami.
 Jadi, sekiranya anda ke Ipoh, senarai ini cukup untuk membuatkan anda tidak kebuluran di sana. Jangan lupa share atau like jika anda menyukai post 6 pilihan tempat makan Ipoh kami.