Kami ingin kongskian tentang Nasi Arab di D’ArabCafe. Kedai ini terletaknya di medan makan UNITEN iaitu berdekatan dengan tol Kajang-Bangi. Biasanya kedai ini dikenali sebagai Nasi Arab Uniten. Lagi senang dan memudahlan berdasarkan lokasi. Kalau sebut D’Arab Cafe, memang jarang orang tahu namanya.
D’Arab Cafe Uniten
Medan Makan Uniten
Apa yang patut dicuba disini?
Jika anda peminat ayam, terdapat pelbagai masakan ayam di sini. Semua besar-besar sahaja. Boleh makan untuk 2 orang untuk yang perempuan.
Jenis ayam:
- Grilled Chicken
- Roasted Chicken
- Kabsah Chicken
Harga menu jika anda perhatikan adalah sekitar Rm5-15. Secara jujurnya adalah harga yang murah dengan bahagian makanan yang besar. Boleh sahaja makan untuk 2 orang. Tempat makan di sini pun selesa dan tidak sesak, sebabnya medan makan ini luas sahaja.
Review kami?
- Kesedapan? Kami berikan 8.5
- Suasana? Kami berikan 8/10. Suasanan yang tenang dan selesa. Boleh sahaja bawa ahli keluarga yang ramai. Anak bising juga tidak mengapa.
- Harga? Murah
Mencari nasi arab yang sedap? Cuba Nasi Arab Damsyik Senawang.
No comments:
Post a Comment