Di Kuala Lumpur contohnya, terdapat lokasi nasi kukus yang menjadi pilihan ramai. Nasi Kukus amat memuaskan hati terutama bila ayam goreng berempahnya menepati syarat tempat pertama. Berikut adalah senarai kami:
#1 Ilham Nasi Kukus
Terletak di No.7, Jalan PJU7/16B, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Ilham Nasi Kukusdibuka setiap hari bermula jam 1130 pagi sehingga 10 malam. Bungkusan nasi kukus di sini merupakan gabungan nasi, 3 jenis kuah, ayam goreng, ikan bilis dan nanas.
Semua itu hanyalah berharga RM6. Bermula dengan ayam goreng dan kuahnya, ia adalah resepi turun-temurun serta tradisi Kelantan yang menjadi kekuatan kepada Ilham Nasi Kukus.
Ilham Nasi Kukus sudah pun beroperasi sejak 3 tahun lalu dan mengamalkan konsep layan diri kepada pelanggan-pelangganya. Ini bermakna, pelanggan mempunyai kebebasan untuk mengambil sendiri makanan dan minuman mereka.
Pelanggan juga boleh mengikuti perkembangan nasi kukus di Ilham Nasi Kukus melalui lamanFacebook mereka.
#2 Nasi Kukus Farni
Beratur panjang untuk mendapatkan nasi kukus di sini bukanlah perkara luar biasa. Gulai daging, kari ikan, hirisan timun dan sambal, ditambah dengan ayam goreng berempah mampu membuatkan sesiapa pun ingin mencubanya.
Ayam goreng berempah terdiri daripada ayam biasa, ayam kampung, dan ayam dara. Set ayam biasa dijual pada harga RM5, dan berubah mengikut jenis ayam yang dimahukan.
Nasi Kukus Farni terletak di Jalan Medan Setia Satu, Damansara Heights, di belakang Pondok Polis Bukit Damansara, bersebelahan Masjid Saidina Umar Al-Khattab, berhampiran dengan Plaza Damansara yang bertentangan dengan Bank CIMB.
Nasi Kukus Farni dibuka 6 kali seminggu kecuali Ahad dari 11:30 pagi sehingga 2 petang. Nasi Kukus Farni yang sudah pun menjalankan perniagaannya sejak 2007, telah pun membuka tempahan katering. Untuk tempahan katering, hubungi Farid di 012 – 710 2206 atau Nani di 012 – 223 2206.
#3 D’ Naim Nasi Kukus
Jalan Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur kurang 200 meter daripada Stesen KTM Pantai Dalam, terletaknya lokasi nasi kukus yang lazat. Ia dibuka 7 hari seminggu bermula 3 petang sehingga 11 malam.
Lokasi makan yang menarik pasti akan menarik ramai pelanggan sehingga terpaksa beratur panjang jika benar-benar mahukannya. Begitu juga dengan D’Naim Nasi Kukus. Waktu malam adalah masa yang agak kritikal kerana pada waktu itu pelanggan sudah mula memenuhi perkarangan kedai.
Walaupun begitu, menurut pelanggan, kedai makan ini sudah pun berubah menjadi lebih selesa berbanding sebelumnya. Dikhabarkan juga bahawa 400 bungkus nasi kukus terjual dalam sehari. Setiap satu bungkus berharga RM5.50 iaitu harga biasa bagi sebungkus nasi kukus.
#4 Nasi Kukus Ayam Dara
Nasi Kukus Ayam Dara mungkin tidak asing bagi penduduk di sekitar Jalan Taman Melati 1/5, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur. Namun, bagi yang baru, maka bolehlah datang mencuba nasi kukus di sini.
Gerai kecil comel ini terletak berhampiran dengan Stesen LRT Taman Melati, iaitu hanya lebih kurang 5 minit, dan berhadapan dengan Flat Sri Langkawi, Taman Melati. Oleh itu, bukanlah satu masalah untuk mencarinya.
Jika pada waktu malam anda terjaga dari tidur dan inginkan nasi kukus, iaitu sesuatu perkara yang jarang-jarang berlaku, gerai ini dibuka setiap hari untuk tempoh masa yang panjang iaitu 11 pagi sehingga 3 pagi untuk memenuhi rasa lapar anda di tengah-tengah malam. Pada waktu-waktu tertentu, anda terpaksalah beratur panjang sepertimana tempat popular yang lain.
#5 Sajian Aalia Nasi Kukus
Sajian Aalia Nasi Kukus cumalah sebuah gerai kecil di R&R Awan Besar, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dengan nombor gerai AB-1. Tiba di sini anda akan ‘disajikan’ terlebih dahulu dengan aroma daun pisang berserta ayam goreng berempah. Nasi Kukus di sini dijual dengan harga bermula RM5 iaitu set dengan ayam goreng berempah, manakala nasi kukus yang disajikan dengan ikan bakar iaitu satu keunikan pada nasi kukus dijual pada harga RM6.
Nasi kukus bersama daging adalah RM6. Jika anda ingin membelinya berasingan, nasi adalah RM2 dan RM3 untuk ayam goreng berempah. Ikan bakar berharga RM4. Pilihan kuah di sini terdiri daripada gulai daging, kaki ayam dan juga ikan. Cubalah singgah di sini untuk merasainasi kukus Sajian Aalia.
#6 Hayaki
Hayaki bermula di Kota Bharu,Kelantan dan kini melebarkan sayapnya sehingga ke Shah Alam dan Damansara Uptown serta Platinum Walk, Setapak di Kuala Lumpur. Sebenarnya menu di sini adalah pelbagai tetapi nasi kukus adalah salah satu menunya yang sering mendapat pujian.
Jangan bimbang tentang waktu ia beroperasi kerana Hayaki dibuka selama 24 jam dan makan dalam suasana yang selesa serta kemudahan Wifi secara percuma. Dapatkan maklumat lebih lengkap di laman web mereka.
#7 Nasi Kukus Ayam Dara Shamelin
Nasi Kukus Ayam Dara Goreng Halia ini turut dikenali sebagai Nasi Kukus Ayam Dara Shamelin kerana lokasinya yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari, Nasi Kukus Ayam Dara Goreng Halia ini amat dikenali kerana ayam goreng berempahnya.
Pada kadar kurang RM6, anda dapat menikmati hidangan nasi kukusnya yang namanya sedang meniti di bibir-bibir peminat nasi kukus.
Pada kadar kurang RM6, anda dapat menikmati hidangan nasi kukusnya yang namanya sedang meniti di bibir-bibir peminat nasi kukus.
Dalam banyak-banyak gerai atau warung yang dikongsi, nasi kukus yang mana menjadi pilihan anda?
No comments:
Post a Comment