Nasi Kandar Kayu

Bayan Baru
nasi-kandar-kayu
Muka hadapan restoran Nasi Kandar Kayu

Tempat-makan-menarik-di-Pulau-Pinang
Serbuk istimewanya
Kenapa nasi kandar ini? Kenapa tidak ambil sahaja nasi kandar Line Clear, Nasi Kandar Deen ke? Sebabnya kami sukakan suasananya. Kedainya lebih besar dan selesa.  Servis pun cepat. InsyaAllah pergi bila-bila kedai sentiasa buka. Tetapi Hari Raya tidak pernah cuba lagi. Paling dekatpun Hari Raya kedua, itu pun masih buka lagi. Memang terbaik!
Dari segi makanan? Tidak perlu dinafikan. Memang sedap, lebih-lebih lagi dikenakan dengan serbuk kayu istimewanya.

Cargas Cafe

Pekan Bayan Lepas
cargas-cafe
Terletak di jalan utama Bayan Lepas

tempat-makan-menarik-pulau-pinang
Ikan pari yang fresh

Kalau mencari gulai atau kari sebenar, tenpat ini patut anda lawati. Memang anda akan rasa lain dengan gulainya kalau dibandingkan dengan gulai atau kari mamak yang lain. Selain itu, apa yang kami sukakan adalah kesegaran ikannya, terutamanya ikan parinya yang digunakan untuk masak kari atau gulai.

Cucur Udang

Chowrasta
cucur-udang-sedap
Cucur udang yang sedap

cucur-udang-sedap-1
Oh pakcik!

Hoho, ini adalah kesukaan kami. Cucuk udangnya ranggup. Tetapi paling utama keistimewaannya pada kuahnya yang cukup sedap. Kesedapan yang tidak boleh diceritakan. Cuma satu yang kami tidak suka, servisnya sedikit lambat. Kenalah tunggu kadang-kadang 20-30 minit lamanya .
Terfikir juga di dalam hati, pakcik ini tidak mahu besarkan kedainya ke? Hargnya pula murah sangat. RM2-3 sepinggan, mana lagi mahu dapat?

Hameediyah Beriani

164 Lebuh Campbell
Hameediyah-restoran
Sempit sahaja kedai, tetapi 2 lot tu
Hameediyah-restoran-2
Antara menu
Kalau anda penggemar nasi beriani versi mamak, ini antara kedai makan yang patut anda cuba. Kedai ini agak sukar dicari, tetapi tanya sahaja pada orang tempatan, pasti mereka tahu. Keistimewaannya terletak pada nasi berianinya dan murtabaknya. Kami sukakan murtabaknya. Memang sedap!